SEPANG: Pengunjung Pantai Bagan Lalang di sini, yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mencegah penularan COVID-19 akan dikenakan kompaun mulai minggu depan
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Datuk Abd Hamid Hussain, berkata mereka yang ingkar akan dikompaun sehingga RM 2,000 bagi individu manakala RM 10,000 membabitkan syarikat atau perbadanan.
Katanya, kompaun itu akan dikeluarkan mengikut Seksyen 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Tambahnya, tindakan tegas itu diambil selepas pihaknya bertolak ansur selama dua minggu ketika pemantauan di kawasan berkenaan, dengan memberikan pendidikan kesihatan kepada pengunjung.
"Pemeriksaan memang dijalankan, jadi kita harap mereka dapat patuh SOP. Saya nasihatkan pengunjung, dengan kapasiti yang ramai ini, kita harap mereka dapat mengawal secara kendiri tanpa menunggu penguat kuasa.
"Jadi sekiranya penguat kuasa datang, kompaun yang saya katakan tadi boleh dilaksanakan" katanya pada sidang media mengenai SOP Bagan Lalang pada Sabtu.
Sementara itu, Abd Hamid berkata, terdapat peningkatan kutipan sampah di kawasan itu sehingga mencecah enam tan pada hujung minggu.
"Sama-sama kita ambil bahagian untuk jaga kebersihan pantai sebab tak nak lebihan makanan dicampakkan ke laut, tepi pantai dan sebagainya yang akan beri kesan kepada alam sekitar.
"Kalau boleh guna tong sampah yang kita sediakan dan dengan inisiatif pengunjung sendiri, bawa balik sampah tersebut. Contohnya, datang dari Gombak, bawalah balik buang di Gombak, kalau datang dari Semenyih bawalah balik buang di Semenyih supaya tidak memberi beban kepada orang Sepang untuk uruskan sampah yang tuan-tuan bawa ke sini," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya memeriksa 243 premis serta 2,968 pengunjung pantai berkenaan antara 16 sehingga 24 September lalu.
"Sebanyak 34 daripada 243 premis gagal mematuhi SOP selain seramai 98 pengunjung dan peniaga dikenal pasti tidak lengkap vaksinasi dan diarahkan pulang serta-merta," katanya.
Eton Khir
Sat Sep 25 2021
MPSepang memeriksa 243 premis serta 2,968 pengunjung pantai berkenaan antara 16 sehingga 24 September lalu. - Gambar fail/ Astro AWANI
Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pengunjung Pantai Bagan Lalang ingkar SOP mula dikompaun minggu depan
Datuk Abd Hamid Hussain, berkata mereka yang ingkar akan dikompaun sehingga RM 2,000 bagi individu manakala RM 10,000 membabitkan syarikat atau perbadanan.